Pages

Need anything? Search here.

Sabtu, 28 Februari 2015

Isnin, 20 Oktober 2014

Sabtu, 18 Oktober 2014

Sabtu, 30 Ogos 2014

Pembukaan dan perasmian blog madam2ubiz

Perasmian blog saya yang poyo dan pribadi ini.. saya.

ayat bosan.....

Selamat hari kemerdekaan negara, walaupun negara dilanda kesedihan akibat dari dua nahas melibatkan pesawat MH370 dan MH17. Akibat dari tragedi itu sambutan hari raya pada tahun ini bagi saya disambut dengan sangat sederhana dan tiada lagi rumah terbuka yang sedikit besar-besaran anjuran kerajaan atau individu yang lazim dan selalu kita lakukan, mungkin ada hikmahnya disebalik kejadian tragedi itu pada kita dan seluruh rakyat Malaysia sebagai renungan.

Mungkinkah ada konspirasi dari pihak luar sana yang kita tidak tahu? Misteri ! akan sentiasa menyelubunggi kita rakyat biasa dengan sepak bola politik luar negara dan persoalan yang tidak terungkai hingga kini yang kita hendak tahu kisah sebenar dan jawapan dari misteri kisah dua tragik diatas, atau akan ada masa lambat laun kita mengetahui kebenaran atau terus diselubunggi misteri? atau memang mereka sudah tahu tapi disorok oleh pengetahuan umum seperti kita? Hanya yang maha esa yang ada jawapanya.

Dalam negara dan juga luar negara pelbagai teori dihasilkan, Apapun teori mereka tidak dapat dipastikan kebenaran sehingga bukti penuh tidak dapat dipastikan akan kebenaranya. Walaupun kebenaran sukar untuk dirungkai tapi lambat laun pasti ia akan tiba bagi kita mengetahui di sebalik apa yang terjadi hmm, Ayat skema.

Salam merdeka bagi seluruh rakyat Malaysia dan semoga negara ini akan terus aman tenteram dan mempunyai ekonomi dan perniagaan yang baik serta dapat terus berkembang hingga ke peringkat dunia, ayat skema lagi.

Pada hari ini juga blog ini diwujudkan pada 31 ogos 2014 sempena menyambut kemerdekaan negara dan saya membina blog peribadi ini bukan hendak cerita tentang isu politik atau isu semasa,  bukan gosib artis dalam selimut yang saya tidak tahu, Itu bukan kepakaran saya langsung, tapi cerita biasa-biasa sahaja tentang dunia saya dan blog serta ada sedikit info dari kepala saya yang bersaiz 2GB. Kepala 2GB patut la ia sentiasa hang sahaja, hempas-hempas key....

Dengan 2GB ini saya usung kesana dan kemari berwarna merah menyala dan bersinar umpama kereta FERRARI itu,fuyoo iaitu smartphone saya yang pertama yang saya sayang sangat-sangat at lenovo s820 wei.. Murah je,tapi jasa ia cukup besar bagi saya, kau yang pertama dan terakhir! Cewahh Apa yang melalut ni! Dengan HP murah itu saya berjinak dengan dunia blog, blogging pakai smartphone kan smart der..

Mungkin ada review murah yang tak seberapa dari saya sehingga ada yang bosan hendak membaca dari awal hingga akhir review melalut terlebih? tapi ia bagus sebenarnya, gambaran keterujaan itu sebenarnya lebih penting dari segala gala galanya lagi. Teruja lebih-lebih biasanya membawa kejayaan, mod teruja ON..

Not ayat skema?

Mungkin saya menulis guna ayat skema, tapi yang suka atau rajin membaca blog orang lain yang mempunyai kelebihan tentang teknik tulisan mereka yang pelbagai cara.. Ok ayat skema lagi, nak lagi senang copy pess tulisan orang lain, tapi ia bukan diri kita yang sebenar. Apa yang seronoknya, tiada keterujaan untuk menulis dan bagi saya seorang blogger itu umpama artis, perasan der..

Walaupun artis picisan ke? Tapi ramai yang terkenal hanya melalui blog, walau bukan digelar seorang artis pun.. Dapat menghibur dengan cara penulisan kita yang skema itu ialah satu klu yang seorang blogger itu adalah seorang artis bagi pembacanya, seperti blog ini well artis? Tiada pembaca? Sebab saya ini artis tak laku.. Lol!!

Ok cukup! Jangan habiskan semua otak 2GB saya dalam satu entri, nanti hang! Betul ke ayat atas ini.. Happy blogging semua,walau tiada tahu saya ada blog? Saya menulis dalam senyap" sssss
Oppss saya cakap ngan siapa? Blogger Malaysia am semua.

Salam semua blog yang baru atau yang telah lama berkecimpung.. Saya tumpang lalu.

Senarai Blog Saya